SHAMIDA FOTOPAGES

By: ida sham

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  1  2  3  4  5  6  7  [8]  9  10  11  12  13  >  >>]    [Archive]
Monday, 2-Oct-2006 12:00 Email | Share | | Bookmark
CREAM PUFFS

Cream Puffs
Bahan-Bahan:

Bahan Pastry:
330 gm air
190 gm mentega
secubit garam
240 gm tepung gandum
2 biji telur

Custard Cream:
1/2 cawan custard powder
1 biji telur
1/2 cawan susu tepung
1 1/2 cawan air
1 cawan gula

Cara-cara untuk membuat pastry:
1. 1 tin pembakar kuih dialas dasarnya dengan kertas alas kuih.
2. Tuangkan air, mentega dan garam kedalam mangkuk dan jerangkan diatas
dapur hingga mendidih.
3. Apabila sudah mendidih, tuangkan tepung kedalam dan kacau dengan segera.
4. Masak hingga adunan menjadi satu 'dough' yg besar dan tak melekat ditepi periuk.
5. Turunkan dari dapur dan salinkan ini kedalam mangkuk pemukul dan
biarkan adunan sejuk sebentar.
6. Sesudah itu, pukul adunan sambil menuangkan telur sedikit demi sedikit hingga
habis. (sehingga boleh jatuh dari sudu).
7. Masukkan adunan kedalam piping bag dan dgn menggunakan nozzle bintang,
terapkan bulatan kecil-kecil.
8. Bakar diketuhar selama 25 min dgn suhu 200 darjah.
9. Bila sejuk, belahkan dua (tapi jangan putus) dan isikan dengan custard cream.

*** saya gunakan hand mixer untuk memukul adunan ni....


Cara-cara untuk membuat custard cream:

1. Bancuh custard powder dengan air,susu dan telur.
2. Panaskan dengan api sederhana panas .
3. Kacau adunan ini sentiasa hingga adunan agak pekat.
4. Apabila sudah pekat dan berkilat, tutupkan api.
5. Sejukkan krim ini sebelum diisikan kedalam pastry tadi.


Saturday, 30-Sep-2006 12:00 Email | Share | | Bookmark
Kuih Cara

KUIH CARA

Bahan-bahan :

120 g tepung
250 ml susu segar / santan kelapa
1 telur
1/4 tsp garam
1 tsp air pandan

inti :
gula putih

caranya :

1. campurkan bahan-bahan kering, santan kelapa, sebiji telur dan sedikit air pandan.
2. masukkan kedalam jug supaya senang untuk menuangnya.
3. Panaskan acuan (acuan muffin paling kecil). Griskan acuan dengan
sedikit minyak masak dan tutup.
4. Tuangkan ramuan ¾ drpd acuan.
5. Bakar selama 5mnt dan masukkan sesudu gula putih kedalam setiap
lubang acuan dan tutup acuan dengan penutup
6. bakar lagi selama 20 mnt / sehingga garing serta hidang.



Friday, 29-Sep-2006 23:59 Email | Share | | Bookmark
Kuih Muih Ramadhan

Badak Berendam

Bahan-Bahan:
3 cawan tepung pulut
sesudu air pandan
kiub gula melaka *** kat sini x ada kelapa utk dibuat inti
2 cawan santan sederhana pekat
Secukup air
Sedikit garam

Cara:
1. Bancuh tepung pulut bersama air pandan hingga menjadi doh lembut.
2. Ketepikan.
3. Bentukkan doh lembut bulat-bulat dan isi inti kiub gula melaka di dalamnya.
4. Letakkan doh berinti di dalam bekas dan tuang santan pekat di sekelilingnya.
5. Kemudian kukus hingga masak.


*** resepi turun temurun mak ni...


Saturday, 2-Sep-2006 02:51 Email | Share | | Bookmark
Rotorua

 
Tasik Rotorua
Muzium Rotorua
View all 4 photos...
pergi jengok bekas jajahan gunung berapi.


Friday, 1-Sep-2006 12:00 Email | Share | | Bookmark
Taupo Lake

 
 
 
View all 5 photos...


[<<  <  1  2  3  4  5  6  7  [8]  9  10  11  12  13  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net